Ilmu Ramadhan

‘Auzubillahiminassyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh.
Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassolatuwassalamu’ala asyrofil anbiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subhanakala ‘ilmalana illama ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim. Robbishrohli sodri wayassirli amri wahlul ‘ukdatammilisani yafqohuqauli ammab’adu. Faya’ibadallah ittaqullah usikum waiyyaya bittaqwallah faqodfazal muttaqun.

Ana harap kamu faham lah apa makna ayat kat atas. Ayat kat atas ni menyeru untuk kita sama2 bertakwa kepada Allah SWT. InsyaAllah 🙂

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt yang telah beri ana masa yang agak baik sekarang untuk berkongsi Ilmu Ramadhan. Sedikit input yang ana dapat daripada Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid sepanjang Program Ramadhan Bulan Tarbiyyah yang telah ana dan sahabat ana, Fatin Hazirah hadiri. Program itu telah dibuat di UiTM, Kampus Puncak Alam. Walaupun kami sampai agak lewat seminit, dan duduk agak jauh daripada ruang hadapan, tapi Alhamdulillah..PA System yang digunakan agak high class, dengar satu Dewan Makan tu tanpa ada sebarang kesilapan dan agak jelas lah segala percakapan yang berlangsung. hehehe 🙂

Ceramah dimulakan seperti biasalah, bacaan doa dan ucapan untuk moderator majlis. Ustaz juga pandai berpantun, 

2, 3 kucing berlari,  
mana nak sama si kucing belang,
UiTM Puncak Alam senang je nak cari,
Orang jemput, saya datang. 

haha, semua pakat gelak bila ustaz buat pantun. Kami yang outsiders ni mampu tersenyum je la..sebab bukan student uitm pun. hihi. Antara pengisian permulaan ceramah ni ustaz perkenalkan maksud perkataan Ramadh. Ramadh (رمض) ni maknanya panas. Disebut dalam kitab-kitab secara definisinya, Ramadh ni bermaksud batu yang duduk di tengah-tengah padang pasir. Makna kata, dalam perkataan Ramadh ni semua benda jadi panas. Jiwa jadi panas, cuaca jadi panas dan semualah jadi panas. Sebenarnya, perkataan Ramadh ni juga bukanlah satu perkataan yang datang daripada sebutan Baginda SAW sendiri. Perkataan Ramadh ni asalnya dari bahasa Arab Jahiliah. Orang Arab jahiliah yang sebut. Tapi, Allah ambil perkataan ni, Allah guna perkataan ini untuk menentukan nama bulan itu sebagai nama bagi bulan Ramadhan. Kenapa arab jahiliyah kata bulan tu bulan ramadh? Sebabnya, mengikut kepercayaan mereka, bulan ramadh ini adalah bulan yang mereka haramkan untuk bergaduh. Makna kata depa kena ‘tahan diri’ daripada melakukan sebarang perkara yang akan melibatkan pergaduhan. Jadi nampak tak significant dia kat situ. Bulan ramadh, bulan haram gaduh, bulan untuk mereka tahan diri. Jadi Allah SWT yang Maha Mengetahui itu gunakan perkataan itu untuk menamakan bulan selepas Sya’aban itu sebagai bulan Ramadhan yang menuntut kita untuk menahan diri ketika berpuasa. 

Ustaz bagi lagi contoh, bulan Safar, Sifar (ﺻﻔﺮ). Sifar maksudnya kosong. Jadi, pada zaman arab jahiliyyah, bilamana tiba bulan sifar, rumah mereka akan menjadi kosong kerana semua lelaki akan meninggalkan rumah-rumah mereka. Seterusnya, contoh bulan lain adalah bulan Sya’aban (ﺷﻌﺒاﻦ) yang bermaksud bulan mencari air. Masyarakat Arab dahulu sering keluar mencari air. Kepentingan dia adalah untuk membuat persediaan menghadapi bulan yang panas yakni Ramadhan! 

Ada satu cerita Ustaz kongsi dengan kami yakni cerita berkaitan dengan kisah Mariam yang mengandung tanpa suami. Allah beri zuriat dekat Mariam dengan kuasa-Nya. Bila dah beranak, orang pakat duk tanya Mariam, kenapa ni kamu beranak tanpa suami, sanggup kamu lahirkan anak luar nikah, kamu orang yang mulia tapi kenapa kamu buat mcm ni? Macam2 tohmahan yang dikenakan ke atas Mariam. Namun, Mariam tidak menjawab apa2 selain berkata “aku dah bernazar dengan Allah yang aku tak mahu cakap apa2 tentang ini.” Makna kata Mariam ni dia sedang menahan diri dia daripada bercakap tentang itu. Dia dah bernazar dengan Allah. Kemudian, atas segala persoalan yang ditujukan kepada Mariam, dengan kuasa Allah swt..Nabi Isa a.s. yang masih kecil lagi, masih merah2 lagi kulitnya bisa bercakap dan menerangkan segala-galanya kepada mereka. Maka terkejutlah bagi mereka yang mendengar itu.. Apa yang ditekankan oleh Ustaz dalam kisah ini adalah konsep ‘puasa’. Konsep puasa yakni menahan diri dari perkara yang bisa membatalkan puasa kita. 

Perkongsian seterusnya adalah mengenai puasa itu sendiri. Pertama sekali, Ustaz Don kata puasa ini  nak mengajar kita untuk tahan diri. Sebelum ustaz terangkan dengan details, ustaz kemukakan beberapa soalan tentang puasa. Ada orang yang sebelum ni dia tanya ustaz, “Ustaz boleh dak kalau kita nak niat puasa terus untuk 30 hari dan xyah nak ulang2 niat dah setiap malam, sebab kita dah niat awal2 dah. Boleh ka ustaz? Ustaz jawab, “mengikut Mazhab Imam As-Syafi’e, boleh ja nak buat niat untuk berpuasa 30 hari tu, tetapi tiap2 malam masih kena niat untuk hari esok. Kalau kita tak lupa untuk niat pada malam tu, maka kena niat seperti biasa. Tapi kalau kita terlupa, maka boleh lah kita redeem niat puasa yang 30 hari tu. Makna kata, sebagai backup plan lah yang niat puasa 30 hari tu. Sebagai penyelamat lah..itu lah significant dia. Apa2pun, sentiasalah ingat untuk berniat pada setiap malam untuk setiap hari..”

Soalan seterusnya adalah, Ustaz macam mana ni saya nak pergi Olimpik pada bulan puasa, boleh ka kalau saya xpuasa? Ustaz jawab, “apa2pun puasa itu wajib! Tetapi ada kelonggaran lah, kalau kamu pergi Olimpik kira kamu bermusafirlah. Makna kata, ada kelonggaran dalam berpuasa itu. Tetapi kelonggaran dalam berpuasa itu hanya available pada hari musafir sahaja dan WAJIB untuk qada’ balik..”  Tapi ustaz.. Olimpik tu kan penat, sukan sana sini..humm. mcm mana ustaz? “Cuba kamu bayang, macam mana zaman Nabi SAW dahulu para2 sahabat, nabi dan umat Islam yang lain berpuasa ketika mana mereka hendak berperang. Bukankah lagi penat dan meletihkan..? Haa, cuba kamu tgok balik kadar kepenatan kamu dan mereka, nak kata kuat tak kuat mereka tu? Tapi..bilamana masa kamu berpuasa tu berlaku kemudharatan seperti dah termuntah-muntah maka dibenarkan untuk berbuka puasa. Apa2pun dahulukan yang wajib, yakni puasa..”

Kemudian, ustaz kata lagi yang bulan puasa ni juga sebagai ujian untuk husband and wife (suami dan isteri laahh..) Kenapa ya? Haaa, kat sini ustaz beri penerangan dalam Question & Answer. Ada orang bertanya kat Ustaz. “Ustaz, saya ada salam dengan isteri saya, tapi entah macam mana saya rasa mcm terkena ‘current shock’. Boleh ka batal puasa ustaz? Ustaz jawab, “tak boleh batal puasa pun kerana perbuatan ‘mukadimah’ kepada keseronokan ‘ekstreme’ hukumnya makruh dalam bulan puasa (siang hari) walaupun berlaku antara Tok Wan dan Tok Nek!! Tak kira lah hang rasa steam ka, xsteam ka..dia kira makruh jugak..”   hahaha, lepas ustaz terangkan soalan ni, semua pakat duk gelak ja..yang lawak tu, contoh tokwan ngan toknek tu yang lawak sekali. hatoi, hatoi.. >.<

Ramadhan mengajar kita untuk menahan diri daripada percakapan. Ustaz kata, ramadhan ni menjadi satu bulan dimana mulut kita sepatutnya ditutup, dan tangan saja yang bekerja. Tetapi, tangan pun kena jaga juga. Jangan mulut tak bercakap yang sia2, tetapi tangan duk buat kerja sia2. Contohnya, memang mulut ditutup tetapi tangan duk ber’fesbuk’ all the time! Yang duk fesbuk all the time tu, dia bukan duk buat apa..dia duk kutuk sana, kutuk sini, duk kata satgi orang ni lagu ni, satgi orang tu lagu tu..duk kata kawan dia poyo pakai kopiah, hipokrit, lepas tu mai pulak kawan2 lain duk like status dia, pakat duk sumbang dosa, duk kutuk ramai2 kat status dia pasai kawan tu. Haaa, ini yang kita bimbang ni..memang bukan mulut pun yg bercakap, tapi tangan tu ambil alih tugas dia! Tangan tu yang buat dosa, duk taip dosa jaaa. Haaa, itu memang kena jaga.. Dalam hadis sahih ni nabi sebut, “sesiapa yang berpuasa tapi xjaga mulut, maka puasanya rosak”. Memang puasa dia sah, xdak masalah aih, puasa dia sah, tapi ROSAK ! Makna kata, puasa dia xdak syafaat pun kat dia. Puasa dia rosak ! hummm…

Lepas tu, puasa ini pun mengajar kita untuk tahan diri untuk tahan belajar solat lama-lama. Assolatusunnatattarawih… ramadhan ni juga nak ajar kita untuk duduk dalam masjid lama-lama. Makna kata, ketika solat terawih tu, dia didik kita untuk solat lama2. Selama ni solat kita tak sampai pun haih 10 minit ka apa ka. solat2 sunat yg lain kadang2 buat, kadang2 tak. Time bulan puasa ni lah, nak ajaq kita duk duduk dalam masjid lama2, bertadarus, solat sunat terawih lama2. Itulah pun salah satu fadhilat bulan Ramadhan, mendidik kita agar dekat dan selalu ke Masjid. Maka sesiapa yang ambil dan grab terus peluang ni dengan baik, dia akan rasa seronok dengan semua ni.

Lepas tu Ustaz pesan, kalau dalam bulan Sya’aban ni, bila dah sampai pertengahan ni, sapa2 yang baru nak mula puasa sunat, tak payah dah. Siapa yang baru nak mula puasa sunat, Nabi SAW juga pesan jangan, kalau nak puasa qada’ tafaddhol, silakan, selesaikan! Islam ajar untuk seronok, nanti time bulan puasa tak boleh dah nak makan itu nak makan ini, kita kena tahan diri kita dari semua tu. Makna kata, dalam bulan Sya’aban ni, kalau kita duk gatai nak teringin makan tu, teringin makan ni teruslah pi makan. Kata teringin lah nak makan KFC esok, haaa terus pi makan. Jangan nanti dalam bulan puasa duk kempunan ja, asyik duk teringat ja sampai ayaq liuk(air liur) meleleh2 kempunan punya pasai. Duk puasa memanjang dalam bulan Sya’aban, mai2 bulan Ramadhan duk teringin nak makan itu makan ini. Tak dapat nak tahan diri dah. Ustaz juga pesan jangan buat mcm ni,
“Kalau kita niat nak berpuasa sebab kita nak kurus, maka kita akan jadi lagi gemuk!”
“Jangan doa mintak kat Allah, Ya Allah, bagilah aku lagi kaya..nanti lagi kita miskin!”
“Jangan kita buat perlakuan menyedut air masuk kedalam hidung ketika berwudhuk itu dengan niat nak bagi hilang resdung, nanti lagi bertambah penyakit itu!”

Makna kata kat sini, Ustaz terangkan bahawa kalau kita buat itu semua dengan niat macam tu, memang Allah tak akan perkenankan, lagi Dia bagi side effect yang tak best lagi ada. Kenapa? Pertamanya, sebab kita melakukan sesuatu yang disuruhNya itu bukan kerana Allah SWT. Allah suruh kita puasa, kita puasa tapi bukan kerana Dia. Allah suruh kita berdoa, kita berdoa tetapi bukan kerana Dia. Allah suruh kita berwudhuk sebelum solat, memang kita berwudhuk siap ambil yang sunat sekali tu, masukkan air dalam hidung, tetapi bukan kerana Allah swt. Semuanya atas kepentingan diri kita sendiri. Dalam sunnah Nabi SAW takdak satu pun niat yang Nabi SAW ajar kat kita untuk keduniaan. Apa yang nabi buat adalah niat untuk mendapatkan rahmat Allah swt. Contohnya kita puasa hanya kerana mengikut perintah Allah swt dan inginkan rahmat dariMu, maka berkatilah puasa aku Ya Allah. Hanya dengan niat sebegini Allah akan berikan kita rahmat dan berkat, malah Allah kurniakan lagi good side effect yakni kita bisa berasa sihat dan maintain body kita tanpa perlu kita meminta. Nampak tak significant dia? Hebat kan Allah? Humm, jadi ikhlaskan lah hati kita untuk melakukan sesuatu kerana Allah. Jadilah seorang hamba Allah yang sentiasa mempunyai sifat IKHLAS yang paling agung yakni IKHLAS sebagai seorang kekasih. Kita buat sesuatu hanya kerana nak buat Allah swt suka kat kita. ^^
♥♥ Barakallahufik ♥♥

Lagi Ustaz pesan, puasa qada’ antara lelaki dan perempuan sama sahaja. Kalau kata kena qada’, wajib bagi mereka yang ada hutang qada’ fardhu Ramadhan tu ganti puasa cepat2. Untuk puasa qada’, keadaan dia mesti kena niat pada malam hari kerana Allah swt. Masa waktu nak sahur tu pun boleh niat lagi. Puasa kita sah. Sebab waktu sahur tu dikira masih malam, belum pagi lagi. Tapi, bila dah azan subuh, baru kita nak niat, maka puasa pada hari itu tak dikira sah, sebab dah masuk waktu siang. Kalau niat untuk puasa sunat pulak, boleh ja nak niat kalau dah siang hari..ustaz kata tak pa, boleh. Katakanlah pada hari tertentu orang ni berpuasa qada’ lepas tu dia baru sedaq bila dah siang tu dia baru sedaq yang hari dia berpuasa itu adalah hari Isnin dan jatuh pula pada 15 Sya’aban. Maka dia boleh ja terus nak niat pada waktu itu, Ya Allah harini aku juga berpuasa sunat hari Isnin dan sekaligus 15 Sya’ban. Tak apa, dia sapu ja semua fadhilat puasa pada hari tersebut. Kiranya, pahala puasa qada’ dia dapat, puasa sunat pun dia dapat! 🙂

Ada lagi orang tanya soalan lain kat Ustaz, “Ustaz macam mana nak bayar fidyah?”
Ustaz kata, fidyah ni definisi dia DENDA. Makna kata hanya akan terjadi bila ada denda, jangan pulak nak gatai2 pi bayaq fidyah bila xdak denda. Nak bayaq awal2. Contoh, ada pulak orang buat lagu ni, Ustaz saya ni nak bayaq fidyah awai2 ni, pasai saya tau dah nanti posa mesti ada yang saya tinggai punya.. Allahurabbi. tergelak ustaz. Ustaz bagi contoh pulak, kalau nak bayaq fidyah awal2, sama kes nya macam kalau kita duk gatai2 nak pi bayaq saman awai2 . Tiba-tiba berhenti kat Balai Polis, pi kat polis kata nak bayaq saman awal2, pasai kita kata dah sure dah ni satgi mesti ada langgar undang2 punya satgi..haaa, tak ke pelik tu bunyinya. Siapa yang sanggup nak pi bayaq saman awai2 kat Polis, kalau kita tak tahu lagi apa yang bakal berlaku ? Itulah ceritanya..
Okay, ustaz kata fidyah ni harganya adalah suku daripada zakat, tetapi kurang harganya daripada zakat. Bayar fidyah ni dekat Kaunter Zakatlah..
Sepanjang tu, Ustaz ada lah terangkan macam mana fidyah terjadi, dan berapa bayarannya mengikut kiraannya, Susah pula ana nak describe kat sini, huhu.. Asif jiddan ye :/
Ana harap ada yang dah ‘arif tentang bayaran fidyah ni, sebab benda ni wajib. Kami yang pergi sana tau dah la mcm mana nak bayaq fidyah ni, bagi yang tak tahu tu boleh tanya kat yang arif tentang hal ini. Jangan tersilap dalam pembayaran fidyah ni ya! 🙂

Kemudian, ustaz selitkan sikit benda ni. Orang nak pi Haji selama 40 hari. Kalau nak tau pekerjaan untuk mengerjakan haji yang memang sebetul2nya, hanyalah 5 hari. Makna kata hari yang digunakan untuk menyempurnakan ibadah haji tu hanyalah 5 hari sahaja. Ramai orang yang sanggup untuk pergi ke kursus Haji selama mungkin. Tapi yang nak kata ni puasa ni, ibadah puasa ni yang perlaksanaan wajib dia selama 29-30 hari ni, xdak siapa pun yang nak buat kursus tentang fardhu dalam berpuasa, takdak siapa pun yang nak pi menghadiri kursus2 untuk bulan Ramadhan kalau ada yang buat…, xdak siapa pun yang nak mencari, mengkorek ilmu untuk memantapkan lagi ibadah puasa dia yang wajib ni yang selama 29-30 hari ni. Cuba kita banding tengok, sepatutnya balance kan lah. ni dak.. – Ustaz Don Daniyal

Soalan lain lagi, orang tanya kat ustaz. Ustaz bagaimana kita nak bayar fidyah pada puasa yang kita tak ingat harinya?  Ustaz jawab, pendapat ulamak-ulamak  dalam hadis sahih Nabi saw sebut :
” Diangkat pena pada orang itu bilamana orang itu tidak tahu sehingga orang itu tahu” kemudian ada juga nabi sebut ” angkat doa pada Allah, semoga Allah ampunkan dosa kita yang tak ingat (ttg puasa) itu.”  Tapi, ustaz kata nak jalan selamat, and the best way…kita buat ikut anggaran kita. Maknanya, kita nak bayar fidyah tu, kita buat anggaran berapa hari yang kita dah tinggal puasa and perlu kita bayar denda itu.

Orang tanya lagi kat ustaz, ustaz boleh ka kalau kita niat pada waktu sahur? Jawapannya, Ada diterangkan dalam kebanyakan kitab seperti kitab Soal Jawab Harun Din, Kitab2 Fiqah bahawa sahur belum timbul waktu pagi dan ianya masih termasuk dalam kategori waktu malam. Maka puasanya sah jika niat pada waktu itu. Tetapi bila dah azan subuh baru nak niat puasa, maka puasanya tak sah dan wajib qada’ balik.

Lepas tu Ustaz terangkan lagi, jika pada malam hari datang mimpi indah kemudian ia bangun sudah masuk waktu Subuh, termasuk dalam hubungan antara suami dan isteri, bila mereka bangun sudah masuk waktu Subuh, pada waktu itu mereka2 ini belum lagi mandi wajib/junub. Maka puasanya tetap sah pada hari tersebut. Kenapa?? Kerana mandi bukan syarat sah puasa. Tetapi wajib bagi mereka untuk menyucikan diri sebelum mendirikan solat yakni solat subuh. Kalau mereka ambil ringan benda ni, kata “takpe, tak mandi pun sah puasa!”.. aduhh, memanglah sah puasanya tetapi mcm mana pula dengan solat subuh??? haaaa…!

Kalau puasa sungguh2, tapi tak solat..mcm mana tu ustaz? Boleh dak?
“Ustaz jawab, benda mula Allah tanya nanti bila kita dihisab adalah SOLAT. Kalau solat ROSAK maka amalan lain akan jadi KOSONG. Kalau solat, tapi puasa ada kekurangan..tak apa, sebab Allah bagi kelonggaran. Tapi janganlah ambil ringan pulaaaaa >_< !”

Allah haramkan bagi suami dan isteri untuk melakukan hubungan itu pada siang hari. Halal bagi kamu suami dan isteri untuk melaksanakan tanggungjawab pada malam hari. Dan perlaksanaan hubungan itu pada malam hari, pada waktu yang dihalalkan Allah ketika bulan Ramadhan ini dikira sebagai satu sedekah! Allahurabbi, boleh jadi amalan sedekah tau, maka buatlah seperti yang disuruh Allah. Elakkan apa yang dilarang oleh Allah untuk dilakukan 🙂 🙂

Dalam sesi bertanya soalan pula, ada orang tanya Ustaz macam mana nak selesaikan masalah istihadah?
Ustaz jawab, darah Istihadah ni dia lain dengan yang satu lagi. Lain dengan darah haid, wiladah dan nifas. Orang perempuan kebiasaannya akan uzur dalam 7 hari. Jadi amat penting untuk ambil tahu istilah2 ni,

Biasa = 7 hari
Sikit = Sehari semalam
Lama = 15 hari
Kena Istihadah = Pada hari yang ke-16 !

“Jika hari pertama anda datang haid, tapi sekejap ada sekejap takdak..jangan risau..itu perkara biasa..tunggu ja sampai 7 hari ka, 15 hari ka…takpe, itu perkara biasa. Tetapi kalau dah masuk hari yang ke-16 walaupun warna darah yang keluar itu sama seperti hari2 sebelumnya, itu dikira sebagai darah Istihadah. Dan mereka boleh terus mandi wajib dan melaksanakan ibadah seperti biasa, nak puasa ke, nak solat ke boleh..tapi make sure lah pakai ‘span’ tu..nak pastikan darah xduk mengalir”

 Allahurabbi, tergelak satu dewan bila ustaz sebut span. haih!

Soalan lagi orang tanya, Ustaz, puasa di Mekah awal 1 hari daripada kita. masa kat mekah saya dah puasa cukup dah 29 hari. Bila balik Malaysia tu jatuh pada hari yang ke-30..perlu ke saya puasa lagi Ustaz? Kan saya dah puasa habis? Jadi, bila balik Malaysia tu boleh dak saya berbuka puasa Ustaz? Ustaz jawab, semuanya bergantung kepada keadaan. Bila dah Ramadhan selama 29 hari di Mekah, balik Malaysia baru nak masuk hari yang ke-30 maka wajib puasa lagi. Sebab Nabi SAW dah sebut, puasa selama 30 hari nak bagi cukup. Makna kata kira okay lagi kalau kita puasa selama 30 hari. Nak bagi cukup puasa kita. Kita ambil yang mudah perkiraannya.

Soalan lagi, Ustaz bila nampak anak bulan adakah patut saya puasa lagi? Ustaz jawab, dia xyah puasa dah kalau pandangan dia sabit dan dia seorang yang adil. Tapi, kena minta pandangan dan pendapat orang lain jugak. Kena minta mereka tolong periksa juga. Jangan nanti duk terharu sorang2 kat atas bukit Broga tu, duk takbir sorang2, duk perasan sorang2 pulak..Allahuakbar, Allahuakbar..padahal apa yang dia tgok sebenarnya ada kekhilafan sikit. Kena tanya orang lain jugak. Itu kena berhati-hatilah.

Soalan lain pulak, ada orang tanya, tadi Ustaz kata kalau kita nak niat macam “aku puasa ni sebab aku nak kurus” TAK BOLEH kan. Jadi kalau kita duk buat solat sunat, macam kita niat dalam solat sunat dhuha. Kita tahu solat sunat dhuha ni dapat perluaskan rezeki. jadi boleh ke kalau kita niat macam ni : Solat dhuha ni kerana Allah swt dan nak minta juga Allah perluaskan rezeki. Boleh ke Ustaz?

Ustaz jawab : “Bagus soalan ni, cerdik2.. 🙂 Baiklah, soalan ni ada dihuraikan dalam Kitab Ihya’ Ulumuddin kitab Imam Al-Ghazali. Katanya, niat untuk dunia takdak dalam sunnah Nabi SAW, manakala niat untuk rahmat Allah SWT ada dalam sunnah Nabi SAW. Katanya juga, kalau kita nak niat melakukan sesuatu untuk nak dapat pahala dan syurga Allah swt itu boleh. Kerna itu bukan duniawi. Ini juga salah satu contoh niat seorang pedagang. Tapi, seeloknya adalah niat ikhlas sebagai seorang kekasih. Niat seorang ‘ikhwan’. Kita buat ibadah pasai kita nak buat Allah suka kat kita. Allah sayang pada mereka yang buat ibadah. Contoh kisah ikhlas adalah kisah Rabiatul Adawiyah yang pernah mengatakan bahawa jika kena campak kedalam neraka itu boleh buat Allah sayang dekat dia, maka dia sanggup untuk terjun kedalam neraka. Ya Allah, punya mahbuk rasa ikhlas dan sayang dia kat Allah swt. Punyalah dia nak kaut kasih sayang Allah tu.

Alhamdulillah sekarang kita sampai kepada rumusan soalan2 dan sedikit pesanan Ustaz Don Daniyal 🙂

Pesan Ustaz :

Bila kita yakin, tak ada lagi yang syak pada kita. Terutama dalam bilangan hari nak ganti puasa. Kalau ragu2, anggarkan hari yang lebih sedikit sebagai jalan selamat untuk qada’ puasa itu. 

Dalam solat, kalau ragu-ragu dalam bilangan rakaat, kita kena buat sujud sahwi sebanyak dua kali selepas tahiyat akhir dengan bacaan “Subhanamalla yana mu wala yashu” sebanyak 3x bagi setiap sujud. Tengok bahasa arab dia kat gmbr ni. 🙂

“Islam itu fitrah. Rasa yang ada dalam hati itu juga fitrah. Hati kita akan rasa tenang jika kita sedang melakukan perkara yang betul dalam beribadah”
Makna kata, kat sini apa yang beliau cuba sampaikan adalah perasaan itu merupakan sesuatu yang fitrah dalam hati kita. Hati kita hanya akan rasa tenang bilamana dalam beribadah, ibadah itu dilaksanakan dengan betul dan tertib. Dan akan timbul pula satu rasa yang lain macam(gelisah) bilamana kita tersalah dalam melakukan ibadah. Jika dalam solat contohnya, kita rasa mcm ada something wrong dengan solat kita, maka solat kita tu pasti ada kurangnya. Jadi berusahalah untuk menimbulkan perasaan tenang dalam hati kita dengan melaksanakan ibadah yang sehabis baik dan sempurna kerana Allah SWT. InsyaAllah ^^
Barakallahufik ♥ ♥

“Qada’lah puasa itu sehingga kamu merasa tenang”– Pendapat Jumhur Ulamak 
Penerangan tentang ubat-ubatan masa puasa ada diterangkan dalam beberapa buah buku yang direkemenkan oleh Ustaz seperti buku yang bertajuk “Monolog Perubatan” dan buku “Fatwa Perubatan Jakim”.

Orang tanya Ustaz, Ustaz boleh ke nak pakai ubat mata time puasa? Dia duk titik2 ayaq(air) masuk mata. Boleh ke Ustaz? Jawapannya “boleh, kerana mata bukan sebahagian daripada rongga. Nak pakai berapa banyak n berapa kali pun takpa.”

“Ustaz kalau nak pakai ‘inhaler’ untuk orang yang ada asthma ni boleh ke Ustaz?” Jawapannya, “untuk yang berpenyakit asthma sahaja boleh,  yang lain haram untuk pakai..” 

“Habis tu ustaz, kalau yang duk hisap rokok tu boleh dak ustaz..kan macam inhaler gak tu?” Jawapannya, “rokok tetap haram untuk dihisap semasa Ramadhan, TIADA KELONGGARAN!”

“Ustaz, kalau masa puasa tu nak cucuk2 ubat, boleh ke Ustaz?” Jawapannya, “Boleh jika dah teruk, macam demam teruk2 tu, demam denggi ka..tapi kalau dah denggi, tu kenalah bukak puasa..jangan duk gatai nak tahan diri sampai menggigil2 badan..pasai nak puasa..”
hahaha 😀

“Ustaz, kalau hat yang duk masuk ayaq dalam badan tu ustaz, cemana?” Jawapannya, “yang tu dah sah2 tak boleh puasa dah, kalau dia puasa pun xsah..sebab ayaq masuk dalam badan” 

“Nak cabut gigi boleh dak Ustaz time bulan posa?” Jawapannya, “boleh ja nak cabut, tapi kena suruh dentist tu cepat2 sedut ayaq yg kat dalam mulut tu lah, takut tertelan pulak satgi.” 

“Ustaz, sama tak pahala bagi mereka yang berniat untuk nak khatam Al-Quran masa bulan puasa tetapi tak boleh nak khatam dipertengahan jalan disebakan haid antara mereka yang dah pun khatam Al-Quran pada bulan puasa itu?” Jawapannya, “kita tengok balik dalam peristiwa Isra’ Mikraj apa yang Allah sebut untuk umat Nabi Muhammad SAW, kalau kita niat pun kita dapat 1 pahala, kalau kita buat pulak kita dapat 10 pahala. Makna kata tak sama lah pahalanya.
Jadi, kalau terkena ABC (Allah Bagi Cuti) tak payahlah kita  nak gatai2 pulak teruskan perbuatan kita untuk nak khatam Al-Quran tu..sebab masa ABC tu, kalau kita ikut perintah Allah, kita akur yang kita tak boleh nak khatam Al-Quran itu, adalah lebih banyak pahalanya dari kita duk gatai2 jugak nak buat itu dan ini. Kenapa? Sebab kita ikut perintah Allah swt! Simple kan? 🙂

“Ustaz, boleh ke nak bayar fidyah guna beras?” Jawapannya, “boleh takdak masalah, tapi duit lah lebih relevan. Dengan duit, mereka boleh beli apa yang mereka perlu.” 

“Ustaz, boleh ke nak pakai contact lens time puasa?” Jawapannya, “boleh  je, cuma jangan pakai untuk perhiasan, maksudnya tabarruj, nak tunjuk mata orang UK warna biru, sat2 warna hijau lah..besaq pulak tu..xboleh mcm tu. Bukan dalam bulan puasa sahaja, bila2 pun, kalau rabun, buat cara rabun, xboleh lah nak lebih2, kecuali kalau doktor tu yang kata..”haaa, awak kene pakai warna biru je contact lens, awak takleh pakai warna lain” <– ayat perli ni..hehehe 😀 mana ada doktor nak bagi nasihat mcm tu, xde effect pun contact lens warna apa. semuanya sama, cuma jangan bertabarruj!

“Yang boleh bagi kelonggaran dalam puasa hanyalah doktor yang Islam sahaja boleh pakai urusan dia, yang bukan Islam tak boleh pakai sebab depa tak tau syarat fardhu dalam berpuasa. Dalam Mazhab Syafi’e juga ada sebut, syarat yang dikenakan bagi doktor itu mestilah seorang Islam dan adil. Manakala dalam Mazhab Imam Hanafi pula mengatakan, syaratnya mestilah seorang doktor Muslim yang pakar. “

“Hutang dengan manusia pun wajib bayar, apatah lagi hutang dengan Allah”

And, the last question yang orang ni tanya adalah satu soalan yang sangat bagus menurut Ustaz Don Daniyal. Orang tu tanya melalui kiriman kertas, “Saya ni susah nak berak, kena bukak dulu laluan itu untuk bagi najis senang keluar. Boleh ke Ustaz kalau saya buat tu dalam bulan puasa?”

Jawapan ustaz :

“Tak apa, keadaan sendiri, sendiri yang tau rupa macam mana dalam tandas sorang2. Tapi kita ambil jalan yang selamat lah ye. Saya nak pesan, lubang dubur ni terlalu nipis untuk benda keras. Akan luka jika terkena benda2 keras, dan najis akan terkeluar, terus akan kena infections. Sebab najis kita bukannya bersih, kotor sebenarnya. Sebab tu Allah haramkan liwat, hubungan dari belakang.. bagi individu yang bertanya ni, kalau dalam bulan puasa, kira dah terbatal dah puasa kamu ni, dan better jangan buat macam tu. Cara lain nak selesaikan masalah ni adalah dengan memakan makanan yang tinggi serat, high fibre, telan minyak untuk memudahkan proses penghadaman dan melembutkan najis anda. Ini lebih baik daripada korek”

“Lagi satu, masa bulan puasa jangan mandi kolam, haaaaa..sebab kalau mandi nanti bila terkentut dalam ayaq…ayaq akan masuk!..bila kentut nnti angin keluar, angin keluar, ayaq masuk! haaa, batai dah puasa lagutu..!”  

*Ada lagi satu ulasan mengenai hubungan suami isteri yang dilakukan ketika siang hari yang telah dihuraikan oleh Ustaz Don, cara hukuman penggantian puasa bagi si lelaki dan wanita itu. Asif jiddan ana kurang beri perhatian terhadap isu yang last ni (duk sibuk buat apa tah), jadi ana takleh describe dan sampaikan kat sini, sebab takut salah info dan lari daripada apa yang Ustaz sampaikan.

Walau apapun, Ustaz ada pesan kalau nak tahu dengan lebih banyak tentang puasa ni, Ustaz syorkan kita beli buku Dato’ Hashim Yahya yang bertajuk “Puasa & Iktikaf”. Menurut Ustaz, buku ini Alhamdulillah, mudah dan senang untuk kita baca dan faham huraiannya mengenai puasa.

Jadi, majlis diakhiri dengan bacaan doa yang selalu dibacakan oleh Ustaz Don dalam ceramah2nya, doa untuk semua orang. Lepas tu, semua beredar dan ada sesi tangkap2 gambar bersama Ustaz Don. Untunglah sangat2 bagi mereka yang kaum Adam ni, boleh ambil berkat orang alim, peluk, cium salam semua. ^_^  Ya Allah, seronok sangat dapat jumpa orang alim. Ustaz Don, syukran jazilan atas ilmu yang dikongsi, banyak sangat ilmu yang diperoleh.

Masa sesi tangkap2 gambar, ana pun pergi lah jugak kat pentas depan tu. Tapi takdelah depan sangat. Segan nak pegi depan2.hihihi, amik gambar Ustaz Don, nak tunaikan hajat adik lelaki ana, Luqman Hakim. Dia minta ana untuk amik gambar Ustaz Don banyak2 -__-‘ (hummm)
..minat sungguh dia kat Ustaz Don.. 🙂
malu sesangat, haaa, bila ustaz tengok ana, terus xjadi amik gambar, terus lari2 anak pergi ke fatin hazirah..hehe. amboihhh, bila ustaz tengok xnak pulak amik gambar ustaz, bila ustaz tak tengok,
haaa..time tu lah duk sakan bunyi ‘klik2’ kamera tu..
>_<

Apa2pun, Alhamdulillah atas ilmu baru dan ilmu pembaharuan yang kami semua dapat ambil melalui ceramah itu. Alhamdulillah sangat2, Allah permudahkan urusan kami untuk kesana 😉
Syukur Alhamdulillah 🙂

gambaq paling dekat lah ni..

Minta ampun, minta maaf atas sebarang kesalahan ejaan atau apa2 sahaja khilaf. boleh tegur dengan meninggalkan komen dibawah, InsyaAllah. Sepanjang ceramah itu, inilah dia apa yang Ustaz Don bicarakan, InsyaAllah ana rasa satu pun ana tak tinggal kecuali bab ‘hubungan’ yang ana tak beri perhatian tu. Itu sahaja rasanya..humm, InsyaAllah bermanfaat ilmu untuk hari ni.

Ilalliqa’ sahabat 🙂 🙂
Love you because of Allah SWT.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s