Last Cake


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Allahummasollia’la saiyyidina Muhammad, wa’ala alihi wasohbihi wabarikwasallam selawat keatas Nabi Muhammad saw kita yang tercinta dan selamat sejahtera ke atas rakan2ku yang dikasihi, sahabat baikku yang disayangi, kenalan2ku dan semua muslimin muslimat sekalian :’)
(wahh, mcm nk bgi ceramah apa dah kan?.hehe)

ye, saya xbalik upm lagi.hehe. balik esok, pagi2 lagi dalam pukul 8 pagi mcm tuh, sebb nak hantar adikku Luqman Hakim pergi latihan memanah di Stadium Sukan, UPM. humm, jadi harini disebabkan plan nk balik cancel..sempatlah aku buat kek last sekali before balik ke kampus :’) huhu, kek apa? tadaaa..kek cokelat moist or in proper english Moist Chocolate Cake. Hummm, cake ni sedap sangat. Cake chocolate moist adalah one of my craziest favourites dalam bebanyak cake yg ada dalam dunia ni. yang paling tak menahan kan, minat and suka air tangan kek sendiri! haha..

Rindu sebenarnye, lama jugak tak makan kek. Sepanjang cuti sem sebulan ni, xdelah pulak rajin nak buat kek. Asyik2 rajin buat Homemade Benjo Burger and Homemade  Daging Burger. huehuehue. Buat pun saje2 suka2 ikut resipi sendiri. Tapi yang paling best, bila buat ikut suka hati, ikut firasat sendiri tuh lah yang jadi. hehe. Bila dah buat, pakat bedak2 lah makan semua orang. nenek aku dia suka sangat ( muka happy gila ) kalau aku buat homemade burger benjo dekat dia! molek katanya. xpedas dan bolehlah dia makan..

Okay, pasal cake.sebenarnye nak kongsi resipi jugak dalam buat cake ni. Mudah je, dalam less than one hour korang akan boleh siap buat adunan dia and terus kukuskan kek tu. And fyi, cake ,moist mostly adalah kek yang berkukus. There are many other ways untuk buat cake chocolate moist ni, but FOR ME, kek yang dikukus adalah lebih senang, dan xperlu risau untuk hangit ke apa ke. huehue.
okay, let us go straight for da resipi..

Moist Chocolate Cake 

Bahan- bahan A :

1 cawan tepung gandum

1 cawan coco powder

1 cawan gula halus ( dikisar kalau gula castor ye )

1 ct baking powder

1 ct soda bicarbonate

Bahan- bahan B :

5 biji telur ( gred C shj, kalau pki gred A 4 biji je )

1 cawan minyak jagung @ minyak masak

1 cawan susu pekat manis

1 ct ovellete

1 cawan air panas

Cara – cara :

  1. Ayak semua bahan-bahan A dalam satu mangkuk adunan yg besar dan sesuai. Ketika mengayak jgn goyangkan mangkuk adunan. Hanya goncangkan penapis ayak tepung sahaja untuk elakkan tepung tadi berselerakan dan kehilangan udara di dalamnya.. ( ini utk taknak bagi kek bantat ) sila patuh ye 🙂
  2. Untuk Bahan B :
    Putar dan mesin semua telur sampai kembang ( agak lama ye )
    Masukkan minyak jagung @ minyak masak tadi
    Masukkan susu pekat manis tadi ( biar lama sikit dimesin )
    Kemudian, barulah letak Ovelette ( Sponge Cake Stabilizer )
    Biar adunan dimesin lama sedikit…
  3. Kemudian, campurkan tepung2 yg diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam adunan B, kacau secara kaup  balik utk mengelakkan udara terkeluar.
  4.  Setelah  sebati, tuang air panas tadi dalam adunan. Kacau sampai sebati kembali..dan boleh tuang kedalam Loyang adunan..
  5. Selepas itu kukuskan..kalau mcm yg saya buat dalam silver cup tu sekejap je..tak sampi 1 jam..tapi if buat dalam Loyang adunan kek yg bulat tuh, haruslah kukus dalam masa 3-4 jam
kalau dalam silver cup ni, hasil dia akan jadi macam ni.
ini hasilnye if you all guna cup silver. senang sikit. cup silver boleh dapat kat mana2 je.hehe

and yeah, lupa nak bagitahu. Sukatan cawan yang saya gunakan adalah seperti gambar dibawah. Cawan ni korang ingat tak..cawan ni lah yang kita semua pernah dulu masa zaman sekolah2 rendah…cawan yang pendek, gemuk dan lebar. So, cawan ni lah yg saya gunakan. huhu 


kek jenis kukus ni..lagi lama kita kukus lagi baik teksturnya dan sedap…tak perlu risau jika kek akan bantat kalau kukus lama2..tapi jgn lupe topup air kukusan pulak ye? Nnti periuk kukus hangit.hehe

SELAMAT MENCUBA 🙂 

dan hasilnye, if korang buat dekat dalam loyang yang bulat besar tuh, akan jadi macam gmbr ni 🙂 

kek cokolat ❤ yeye.

 untuk topping kan kawan kawan, tak kisah lah kamu nak letak apa. Dulu, saya pernah buat letak chocolate fudge ( yg cair ) buat sendiri carik dalam resipi. ikut je, memang jadi. boleh google jugak ^_^ 
And then, kamu nak letak chocolate rice pun xpe..manik warna warni pun xpe. Ikut suka citarasa masing masing lah ye? huhu.. Ini resipi Bonda Fatimah kesayangn saya ( okay, ibu saya ) hehe. Bolehlah cuba. Kalau ada masa lagi..nnti saya update pasal resipi Cream Puff okay? Yang cream puff tuh enak dimakan untuk ‘tea’ petang2..makan yang tuh sambil minum hot tea, hot chocolate.. memang awesomme 🙂 !

Okaylah. smpi sini je nak membebel. Penat lee..harini. Baru balik beli barang2 keperluan dekat Jusco Equine Park tadi, pheww ramainya orang. Lepas tuh, jumpa Manager kat tempat kerja lama, Kenny Rogers Roasters Equine. Sakan bersembang kat dalam jusco supermarket.huehuehuehue. Humm, rindu pula nak jumpa kawan2 kat kenny tuh.dah lama xbertandang ke kenny..nak pergi jenguk tadi segan pulak. hehe. :p

Apa2pun, semoga kamu semua yang sedang membaca sekarang ni sentiasa dirahmati oleh Allah SWT dan sentiasa dicintai oleh Rasulullah SAW yang paling dikasihi. Semoga kita semua hidup dalam Barakah Allah, dalam Rahmah Allah, dalam Hidayah Allah. Sentiasa jaga HATI kita, jaga IMAN kita, jaga AKHLAK kita, dan yang paling penting JAGA ISLAM DAN IMAN KITA. Iman dan Islam kita semuanya termaktub dalam 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman 🙂

Semoga semua rakan2ku yang dikasihi menyambung pengajian dengan cemerlang disamping petunjuk dari Allah swt. Semoga kita semua dapat mengharumkan nama Islam, nama Universiti, nama ibu dan ayah kita. Semoga kita semua menjadi tunggak yang berisi dan bukan bersisa ya?  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh ya kawan2 semua. Saya sayang kamu semua. Saya cinta kamu semua. 
Don’t misunderstood me yeah, i love and like you only as my saudara 🙂  hehe ^_^ 

Fii Aman Allah ! 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s