Feeds:
Posts
Comments

9 Kejadian

prev-bismillah-2

‘Auzubillahiminassyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassolatuwassalamu’ala asyrofil anbiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subhanakala ‘ilmalana illama ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim. Robbishrohli sodri wayassirli amri wahlul ‘ukdatammilisani yafqohuqauli ammab’adu. Faya’ibadallah ittaqullah usikum waiyyaya bittaqwallah faqodfazal muttaqun.

Baca sekejap dengan penuh penghayatan.

Bismillahirrahmanirrahim ♥
Allah memaparkan 9 kejadian berupa satu keajaiban bagi menunjukkan keupayaan dan kesempurnaan ilmuNya.

1. Menjadikan permukaan bumi terhampar bagaikan buaian bagi seorang bayi sehingga boleh menyenyakkan dia tidur.

2. Menjadikan bukit-bukau dibumi sebagai paksi yang menjadikannya teguh tidak bergoyang lalu penghuni bumi dapat menjalankan urusan mereka dengan selesa tanpa terumbang-ambing.

3. Mencipta kelompok manusia dengan azam, sentiasa berpasangan samada pasangan itu berupa lelaki dan wanita, baik dan buruk serta panjang dan pendek. Dengan cara ini mereka boleh mengenali kecantikan dan kehalusan serta saling menghulurkan bantuan dengan mudah.

4. Allah menjadikan tidur sebagai satu kerehatan kepada tubuh badan. Ia menghentikan seseorang daripada terus bergerak dan bekerja sepanjang siang. Dengan mengambil kerehatan melalui tidur, orang itu memperbaharui kekuatannya dan kecergasannya semula. Kesimpulannya, tidur boleh menghilangkan kepenatan seseorang insan. Dalam Dalam surah ini (Al-Naba’a) ayat 10, ada disebut Al-Subat yang bermaksud berhenti dari bergerak buat seketika sedang nyawa masih dibadan.

5. Allah menjadikan malam dan kegelapannya bagaikan pakaian atau kebahagiaan kepada manusia. Justeru, malam yang gelap, seseorang insan boleh melindungkan rahsia dirinya apabila ia mahu melarikan diri dari musuh. Malam bagaikan rumah yang melindungi atau tempat dia menyembunyikan perkara yang dia tidak gemar kalau ada orang lain mengetahui rahsia dirinya. [ Penerangan lanjut dalam kitab ]

6. Allah menjadikan siang sebagai waktu mencari sara hidup. Manusia berlumba-lumba memenuhi hajat kehidupan mereka pada waktu siang, baik untuk makan mahupun minum atau sebagainya.

7. Allah juga mencipta tujuh lapisan langit dengan penuh rapi dan mantap.

8. Allah menurunkan hujan dari awan mendung yang menganduingi titisan air, lalu air itu menumbuhkan tanaman di permukaan bumi yang gersang sehingga menjadi subur dan segar persis seperti segarnya tubuh badan selepas mendapat air.

9. Untuk makanan haiwan, Allah menumbuhkan tanaman berupa rumput rampai.

Semua 9 perkara yg disebutkan di atas dengan segala fenomena perubahan yang menggantikannya menunjukkan ada satu kuasa yang menentukannya. Penciptaan yang begitu kemas dan rapi tersebut melambangkan betapa lengkapnya ilmu yang dimiliki dan betapa bijaksana Pencipta nikmat-nikmat tersebut. Kalau hakikat kebijaksanaan dan kesempurnaan kudrat Allah ini boleh diterima, sudah tentu kemungkinan terjadinya hari perhimpunan di Padang Mahsyar juga boleh diterima. Keupayaan Allah mengeluarkan tumbuhan dari celahan biji benih selepas ia kering merupakan satu dalil yang nyata serta boleh diterima akal betapa Allah Maha Berkuasa untuk mengeluarkan manusia dari rekahan tanah kubur dan membangkitkan mereka menjadi hidup semula selepas mati. Setiap satu daripada 9 perkara yang disebutkan di atas adalah merupakan satu nikmat yang amat besar. Jadi, hendaklah sentiasa dihargai dan disyukuri dgn sifat patuh yang mutlak. Dalam masa yg sama, tak wajar nikmat tersebut dinafikan dan tidak dihargai dengan sifat derhaka dan maksiat yang berterusan.

Sumber : Kitab Tafsir Al-Munir Juz ‘Amma [ Tafsiran Surah Al-Naba’a:78 ]

Jumpa lagi, InsyaAllah🙂
Doakan kejayaan bersama ^_^

Pulang..

prev-bismillah-2

‘Auzubillahiminassyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassolatuwassalamu’ala asyrofil anbiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subhanakala ‘ilmalana illama ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim. Robbishrohli sodri wayassirli amri wahlul ‘ukdatammilisani yafqohuqauli ammab’adu. Faya’ibadallah ittaqullah usikum waiyyaya bittaqwallah faqodfazal muttaqun.

Alhamdulillah, pagi 12/12/2012 bersamaan dengan 28 Muharram 1434 Hijr saya dapat kesempatan untuk update satu entry pasal berita kematian kawan saya, Muhammad Asyraf Aminuddin a.k.a. Asyraf Acap. Kenalan saya, sejak di bangku kolej matrikulasi selangor sehinggalah sekarang ini, Universiti Putra Malaysia. Pada 10/12/2012, waktu pagi dalam pukul 8 lebih, sy online facebook and terbaca beberapa post daripada college-mates bahawa terdapat satu kematian seorang pelajar upm, di fakulti agrobio. Budak batch kitorg, tahun kedua, tapi bukan budak kos saya. Bila terbaca post2 mereka, saya langsung tak yakin bahawa ianya Acap, langsung tak yakin.

Tak lama lepas tu, petang sikit saya dapat berita kematian itu lagi sekali, dari kawan baik saya, Siti Aishah Nazaruddin.
“Fani, Asyraf dah meninggal pagi tadi, maaf lambat bagitahu..”
Daripada tidur, tengah mamai2 lagi, saya terkejut, dan beristighfar, Astaghfirullahal’azim.. yang meninggal itu kawan aku! Kawan aku, Acap.. Acap.. Innalillahi wainna ilaihirroji’un..

Air mata aku menitis, menitis tnpa henti. Aku masih tak boleh terima hakikat, yang Asyraf telah pergi kembali kepada Allah. Asyraf meninggal disebabkan kemalangan dekat simpang jalan. Ada seorang pemandu cina lelaki yang bawak kereta terlalu laju dan tidak berhenti apabila dia sepatutnya berhenti dekat simpang tu, untuk beri laluan keutamaan jalan kepada Asyraf dan pemandu lain. Actually, Asyraf was in rush pagi tu. Arwah, tengah rushing untuk ke kelas (naik motor), sebab ada presentation pagi tu..

Bila nak dekat senja tu, Aishah mesej sy.. Dia ajak sy pergi majlis tahlil untuk arwah di surau serumpun, upm. Tanpa fikir panjang, abaya tak iron, tudung xiron, niqab pun xiron, saya terus sarung semuanya, dan bersiap2 ke surau. Malam tu, sebak sangat.. Allahurabbi, ramai sangat orang kat dalam surau tu, baik muslimin mahupun muslimat.. Arwah memang seorang yang baik, seorang yang bertanggungjawab, seorang yang taat pada agamanya, seorang anak yang menyayangi keluarganya dan menghormati kedua orang tuanya..😥

Lepas solat maghrib, kami mulakan bacaan tahlil untuk arwah, semua sebak. Muslimin yang mengetuai bacaan tahlil kami pun sebak, tersekat2 sikit untuk meneruskan bacaan. Begitulah hari tersebut berlalu, dari pagi sampailah malam. was a very sorrow day for me and the others..

Aishah kata, dalam 2-3 hari sebelum arwah kemalangan, dia xnmpak langsung kelibat Asyraf.. Allahurabbi.. Berkawan bersama Asyraf, Aishah mengaku, dia tidak pernah ada memori yang negatif bersama arwah, semuanya memori yang melibatkan senyuman dan keriangan. Arwah sangat2lah meghormati orang lain, boleh menerima pendapat orang lain bagi yang menegur .. InsyaAllah

Siapa sangka kan? Kawan baik kita, kawan yang rapat dengan kita suatu masa dahulu, sudah berlalu pergi kembali kepada Allah. Daripada Allah Asyraf datang, dan kepada Allah jualah Asyraf dikembalikan..

Jadi, saya nak minta jasa baik kalian, untuk sama2 mendoakan kawan baik saya ni.. Agar perginya beliau , adalah pergi dengan pahala syahid. Arwah bergegas untuk menuntut ilmu, semoga Allah mengangkat darjat kematian Asyraf sebagai mati syahid, InsyaAllah🙂

Itulah cerita mengenai beliau.. dekat wall facebook, bersepah2 ucapan takziah untuk beliau.. Ya Allah, kami sudah tidak cukup air mata untuk menangisi pemergian kawan baik kami, kami mendoakan beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman, dalam kalangan ahli syurga-Mu..

Aishah sempat untuk tengok wajah arwah buat kali terakhir walaupun dari jauh. Alhamdulillah, Aishah kata, walaupun semasa accident, keadaan asyraf nmpak agak teruk, tapi selepas dimandikan, dan dikafankan, wajah Asyraf putih bersih, suci, tiada cacat cela. Mukanya tetap sama sepertimana Asyraf yang kami semua kenal sebelum dan selepas kematian arwah.

Aku agak terkilan, sebab Asyraf mungkin dah xkenal aku dan xberapa nak cam aku sejak aku berniqab, sedangkan waktu kat matrik dulu, dan semasa masuk upm, kami sering bertegur sapa.. Allahuakbar.. takpelah. Asyraf masih tetap kawan dunia akhirat.. insyaAllah.

Untitled

Sumber dari : MPP Fakulti Pertanian UPM
Seorang pelajar Fakulti Pertanian, Mohd Asyraf Bin Aminuddin (20 tahun) yang mengikuti program Bacelor Sains Pertanian, Tahun Kedua dan juga warga Kolej 12 telah menemui ajal dalam kemalangan di simpang empat susur keluar Lebuh Silikon. (di hadapan gate 8 ).

Arwah telah menaiki sebuah motosikal dari arah gate dan bertembung dengan sebuah kereta datang dari arah UNITEN di simpang berkenaan.

Mayat jenazah kini sedang dibedah siasat untuk post-mortem dan akan dibawa ke Kelantan sejurus solat jenazah diadakan di Masjid UPM pada petang ini.

Pada malam ini, akan diadakan bacaan Yasin dan Kutipan Derma Kilat di atas pemergian arwah di Surau Serumpun selepas solat Maghrib.

Itu, saya copy paste informasi dari MPP Fakulti Pertanian, UPM pada hari kejadian.

Dan sekarang, saya nak copy paste status terakhir Asyraf Acap di facebook, buat kami terharu, dan terharu..

Status terakhir arwah Asyraf Acap

” selembut—lembut…

bantal…

ADALAH ribaan seorang IBU..dan seorang AYAH

sayang ibuku umi
dan
sayang ayahku abah ”

Dalam setiap kehidupan manusia itu, Allah telah tetapkan setiap apa yang akan berlaku kepada hamba2Nya. Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Inilah kali pertama sy menghadapi berita kematian kawan terdekat. Inilah kali pertama.. hanya Allah yang mengetahui betapa sedihnya kami.. tapi dalam kesedihan itu, kami gembira kerana Allah tentukan Asyraf untuk meninggal dalam keadaan husnul khotimah.. Alhamdulillah.. Asyraf betul2 seorang insan yang baik dan soleh.. Kematian hanya menanti kita dibelakang sahaja, jaraknya tidaklah terlalu jauh, malah lebih dekat dari jangkaan kita.. Kita tak ada banyak masa untuk terus leka dan lalai. Kita dihidupkan atas satu tujuan dan dimatikan atas satu tujuan.

Daripada Rabb kita datang, dan kepada Rabb jualah kita akan dikembalikan.

545841_382777071768371_846587882_n

Hari raya mereka..

Hari raya mereka..

556634_424735527572525_751407546_n

Asyraf bersama Sham Kamikaze di Dewan Putra, Kolej Serumpun

Asyraf bersama Sham Kamikaze di Dewan Putra, Kolej Serumpun

Asyraf and his siblings pergi stadium tgok bola baru2 ni.

Asyraf and his siblings pergi stadium tgok bola baru2 ni.

Asyraf baru lepas SPM. dapat result.. arwah yang sebelah kanan tu..

Asyraf baru lepas SPM. dapat result.. arwah yang sebelah kanan tu..

Mohon, jasa baik kawan kawan yang baca blog saya.. doakan kawan baik saya ni, Muhammad Asyraf Aminuddin. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman, diampunkan segala dosa2, amalan kebaikan arwah diangkat oleh Allah SWT.. aamiin..

Semoga keluarga arwah tenang dan sabar hadapi dugaan ini.. aamiin.. InsyaAllah.. ;’)

Mianhae, Sorry ;'(

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh to all readers.

Allahuakbar, saya cuma nak update this entry just to say sorry sebb terpaksa tangguhkan aktiviti blogging for awhile.

Its just that I dont really have a quality time to spend with blogging, I’m deeply sorry. Saya juga rindu untuk menulis kembali seprti dulu, rindu untuk berkongsi perkara bermanfaat, rindu nk share few things yang saya dah buat sepanjang tahun 2012, actually byk sgt perkara yang best utk dikongsi bersama readers semua. Insya Allah, I’ll find the perfect time to update entries later on. Just recite du’a for me, coz I’m going to have  my final exam soon, I have done all the tests 1 and tests 2 and the results , ALHAMDULILLAH ;’D

I have LOTS to share. hehe. Just wait, and pray for me. InsyaAllah. Plus, dont forget our sisters and brothers at GAZA yeah.. Recite du’a Qunut Nazilah byk2 utk mereka, recite doa selalu untuk mereka, sumbangkan apa2 sahajalah yang kita mampu utk mereka. Okay?

InsyaAllah, sonra gorusuruz ;’)
Oh well, I’m starting to learn Turkish Language now, informal. With a sister, she’s willing to teach me Turks language. Preparing for future, InsyaAllah kalau xde halangan, I’m going to Turkey. By hook or by crook. Just a matter of time and fate🙂

Khas buat sahabat sahabat yang sedang mencari jodoh, bacalah entry ni. Byk input , InsyaAllah :’)

Genta Rasa

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.

Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.

“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”

“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.

“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti FacebookdanTwitter?” gurau saya.

View original post 1,766 more words

Jom baca ni.. Alhamdulillah. Setuju dengan apa yang diperjelaskan Ustaz dalam entri kali ni ;’)

Genta Rasa

 

Sejak awal ketika memasuki masjid saya sudah melihatnya. Cuma kami berdua. Jadi, saya rasa kami saling menyedari kehadiran masing-masing. Selesai solat, dia solat lagi. Kemudian tafakur atau berzikir.

Tak lama kemudian, terus membaca Al Quran. Begitulah keadaannya. Saya tidak ingat berapa lama dia dalam keadaan begitu kerana saya juga sibuk dengan hal sendiri. Memang beginilah rutin pagi saya. Jika terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas, saya akan singgah di mana-mana  masjid untuk iktikaf sambil melaksanakan tugasan atau menulis seadanya.

Beberapa lama kemudian, tanpa saya sedari dia sudah berada di sebelah saya. Setelah saling bersalaman, menegur dan takruf, kami mula berbual.

“Apa yang ustaz tulis dalam blog baru-baru ini telah menimpa saya,” katanya dengan wajah suram. Rupa-rupanya dia mengikuti tulisan dalam buku, majalah, blog dan FB saya.

“Entri yang mana?” tanya saya pinta kepastian.

“Tajuknya, ujian cinta… Kebetulan cinta saya sedang diuji. Sakit.”

View original post 808 more words

Kalau tak diuji..

‘Auzubillahiminassyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassolatuwassalamu’ala asyrofil anbiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subhanakala ‘ilmalana illama ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim. Robbishrohli sodri wayassirli amri wahlul ‘ukdatammilisani yafqohuqauli ammab’adu. Faya’ibadallah ittaqullah usikum waiyyaya bittaqwallah faqodfazal muttaqun.

SubhanaAllah, SubhanaAllah, SubhanaAllah🙂
Assalamualaikum wbt to all sahabat, to all readers. Asif jiddan, dah lama betul ye saya xupdate blog ni. hehe. di atas kesibukkan yang melanda, dan macam2 lagilah sebab kenapa xbukak blog terlalu lama. Sebenarnye ada je entry2 yang nak di updatekan, cuma kadang2 left unpublished je. hehe.

Alright, insyaAllah kali ni nak berkongsi sikit mengenai pengalaman saya eksiden motor beberapa hari yang lepas. If I’m not mistaken, I was injured on the last Tuesday kot. Yeah, 5 days ago. Melalui eksiden ni, sebenarnya banyak benda yang saya belajar, walau pun kata orang, kita dah tahu dah pelajaran apa yang bakal kita peroleh, tapi Allah itu Maha Penyayang, He keep reminding us this and that.. so, kita tidak akan menjadi hambaNya yang sering lupa dan lalai. InsyaAllah.

Terjadi eksiden ni, waktu saya dah habis kelas Nutritions at 4.00 pm. So, baliklah naik motor ke kolej. Tengah dalam perjalanan, hujan pun turun dengan lebat secara tiba-tiba. At that time, my heart felt something yang orang kata nt a good instinct lah kan. So, sepanjang perjalanan tu saya just istighfar dan berdoa mohon perlindungan dari Allah daripada sebarang musibah. Hujan keep falling dengan lebatnye >.<
Yelah, risau juga, jalan licin, kereta semua laju2.. Alhamdulillah, masuk kolej semua dengan selamat, sampai lah ke blok saya, blok P3, UPM…

Tengah2 bawak motor dengan biasanya, suddenly bila sampai part nak naik ke atas divider to the next path of road dekat belakang blok P3 tu, DUSHHH..DUSSHHH, sreettttt…sreetttt.. !!

Saya eksiden, dan Alhamdulillah..sepanjang saya eksiden tu, saya sedar semua yang berlaku, apa yang berlaku, mcm mana saya boleh terpelanting dan terseret badan di atas jalan tar.. mcm mana saya boleh dengar bunyi motor terbalik..etc.
After dah brake motor scooter Yamaha tu, (my mistake, i didn’t know that scoot got two brakes. The first one is on the right side and the other side is on the left side. So I just pull the right hand side brake. Means, tayar depan je lah yang ter brake kan?..) So, tayar depan je lah yang ter stop. Mana tak saya terpelanting, sebab bila kita press brake tayar depan je, tak kira slow mana pun kita bawak motor tu, tayar akan tetap tepusing dan kita akan terbabas. Plus, the scoot really big. Bayangkanlah, motor scoot yang moskito tu. Besar dan tinggi. huhuhu.

So, after brake. I could feel the whole body of mine.. terpelanting.. and saya dengar pulak bunyi helmet terseret kat jalan and then, sedar pulak visor helmet tu tercabut, dan akhirnya… lepas visor tercabut.. sudah tentu muka saya terseret.. yess, muka saya juga terseret kat atas jalan tu.. hehehe.. dramatik tau.. hanya Allah dan saya je yang tahu keadaan sebenar dan perasaan sebenar saya masa tu.. Allahuakbar, mengucap panjang.. Alhamdulillah, ditakdirkan after saya eksiden tu, saya masih sedar. So, saya cuba sedaya upaya saya utk bangun ( dalam keadaan duduk, kaki melunjur kedepan) dan saya gagahkan juga tangan kiri saya utk lift up my body, dalam keadaan pening2 tu, I tried to open up the helmet from my head, terkial2 jugaklah saya.. hehe. Dalam keadaan hujan2 tu.. saya masih ingat lagi.. agak sadiss..
I keep mentioning Allah, Allah, Allah, sambil bersuara dengan sepenuh daya upaya, minta tolong. Tak payah minta tolong pun orang2 dekat blok2 tu dah sedar akan kejadian tu..  motor scoot belah kanan body pecah teruk.. sampai nampak tulang2 motor tu.. kawan2 cakap condition saya masa tu, agak teruk, orangnya di atas upper part of road, motornye kat lower part of the road. Nampak sangat saya terpelanting.. hehe..

Masa saya kesakitan tu, baru saya sedar. Ya inilah ujian Allah untukku. Saya betul2 tak tahan kesakitan yang ditanggung saat itu.. tangan kanan saya luka sampai terkoyak sikit kulit di tapak tangan, tangan kiri saya xleh gerak langsung coz ada stiff joints yang maybe terkoyak, kaki kiri saya ada luka2 kecil2, kaki kanan saya, ada luka berlubang yang sangat2 dalam di bahagian lutut. Bila saya tengok keadaan lutut saya masa eksiden tu, saya menangis lagi dan lagi, saya dapat lihat dengan jelas, ada 3 lapisan kulit yang terkopak betul2 di bahagian lutut. Pertama kulit luar, kedua lapisan berwarna putih gading, dan yang ketiga lapisan berwarna pink. Amat2lah dalam ye luka lutut tu.. Innalillah..

Ditambah pula dengan hujan renyai2.. Allahuakbar, memang sakit. Kawan2 pakat keluar, dan tahan badan saya dari terus rebah. SubhanaAllah.. ada yang prihatin dengan keadaan saya waktu tu, SubhanaAllah..saya sangat2lah terhutang budi dengan mereka. Puteri yang tolong panggilkan ambulan PKU, UPM via called. Zura yang keep holding my body on her arm sampai kaki dia kebas.. Kak fifah n kak nani yang sudi temankan saya dari blok kolej sampailah ke PKU, UPM. Alhamdulillah. Tak lama lepas tu, ambulan datang.. they lifted me up onto the strecther , they droved me smpiii lah ke pku, masa dalam ambulan tu rasa macam dalam kereta jenazah pun ada.. Allah, Allah.. ujian Allah.. kesakitan yang ditanggung keep coming, and coming.

Masuk emergency, terus all the staff yang bertugas waktu tu, keep questioning me this and that, so saya yang tengah pening pun jawablah soalan2 mereka. Mereka cuci luka saya..kemudian mereka jahit luka saya, mereka gunting baju saya, sebab nak inject ATT Injection, mereka letak ubat sana sini, Allahuakbar.. istighfar sepanjang proses2 itu dilaksanakan.. ada jugak saya menangis.. huhu, tak tahan kan.. saya menangis je lah.. lepas tu, they did x-ray on me, nk tgok if ada patah or whatsoever. Alhamdulillah, TIDAK ADA🙂
Bersyukur sebab tak ada patah apa2, just stiff joints yang terkoyak n disturb my free movement of arm, just lutut berlubang, and agak dalam luka dia.. hehehe, n I could not walk properly till now. hehe. Alhamdulillah. Lepas dah habis semua tu,  my mother datang PKU, my adik2 also datang PKU, my sahabat Azie pun datang PKU with few friends yang sangat2lah saya hargai jasa baik mereka, yakni Shidot, Fana, Madihah, Kak Fifah, Kak Nani, and owner motor scooter tu, Saifuddin Sapar🙂 May Allah bless all of you. InsyaAllah.

Then, saya balik kolej terus with ambulan. They sent me direct terus kebilik. hehe. Balik2 bilik, azie lah yang telah bersusah payah untuk saya selama beberapa hari saya di sana. I wanna go to toilet, dia yang tolong papahkan saya. Berapa lama saya kat toilet tu, selama itu jugaklah dia akan tunggu saya.. sebb pergerakan saya lambat kan, Dia akan tunggu saya depan pintu toilet tu lama2 and tolong papahkan saya balik ke bilik. Dia yang tolong ambilkan apa2 je barang keperluan saya. helped me a lot ! Tolong saya pakaikan baju tidur, tolong saya makan, tolong saya nak tidur, tolong saya nak pakai bedak, nak pakai baju , nak pakai tudung, nak pakai niqab pun dia yang tolong pakaikan.. Dalam diam, saya menangis sebenarnya.. saya menangis sebab saya ada sahabat mcm dia..😦 Allah sudi pinjamkan sahabat yang banyak bersabar dan begitu baik macam dia.. Alhamdulillah.. (okay, saya menangis lagi sekarang…) Dia yang tolong semuanya, sementara saya ada kat kolej tu.. sebab saya memang tak bleh buat semua benda dengan sendirinya! Nak makan pun dia yang tolong siapkan meja semua atas katil. can you see how the love was spreaded ? The love of friendship ! Allah dah beri pelung utk saya merasai nikmat cinta Siti Nazirah🙂 ! Syukran Al-Khaliq!

Malam tu, after makan ubat.. saya rasa pening dan letih.. My friends dari kelas yg sama, and few old classmates dekat matrik xjemu2 datang melawat saya.. Alhamdulillah, they keep supporting me. Alhamdulillah.. saya terharu sangat.. Ieqa yang setiap hari, setiap malam datang kat saya, melawat saya… Adda and geng yang sudi datang, walau kamu semua jauh.. di tingkat dua biliknya.. Lim Su Ching yang datang melawat saya.. Alhamdulillah. I really appreciate.. semua semangat2 yang diberikan. Alhamdulillah.. semoga Allah membalas semua kebaikan kamu semua ya sahabat2..🙂

Tak lama lepas tu,  hari khamis rasanya.. ibu saya datang ambil saya.. saya juga rasa terharu sangat.. Ibu saya lah tulang belakang saya. She keep supporting me dari awal2 saya eksiden sampailah sekrang.. kadang2 saya menangis, sambil berdoa.. kerana Allah benar2 sudi pinjamkan makhluk2nya yang penyayang seperti mereka terhadap saya, bersyukur sangat.. Malam selepas saya eksiden tu, sebenarnya ibu saya balik dalam keletihan. Dia kesana kemari dari rumah ke upm, dan kesekolah balik semata2 untuk tengok keadaan saya, belikan saya makanan, dan make sure saya okay di kolej. Keesokan harinya pun sama, mama datang jugak kat bilik saya, belikan saya lunch, tengok keadaan saya. Dia curik2 masa free dia utk datang kat saya, beli lunch, makan sama2 dengan saya, dan lepas mama solat zuhur, mama akan tidur sebentar.. Saat itulah aku menangis lagi dan lagi.. Lepas tu mama bangun dan rushing utk ambil luqman dan kakcik pula di sekolah.. Aku berdoa agar mama dikuatkan hatinya, ditabahkan hatinya.. Allahurabbi..

Pada hari jumaat, saya kene dtg Hospital Serdang. After dah check up semua, mama datang kat saya, di hospital to fecth me and bawak balik rumah. Before balik rumah tu, mama belikan makanan tengah hari sebb saya kene makan ubat, then mama pergi farmasi untuk beli kan saya tongkat. Lepas tu, mama berhenti pula ke sebuah kedai sebab nak belikan adikku chewing gum, katanya mengantok waktu tuisyen. Lalu mama yang masih dalam keletihan tu..tetap tak lupa berhenti kat kedai belikan something for my lil bro.. Saat mama keluar dari kereta tu, aku menangis lagi, terharu sungguh.. sedangkan kalau dilihat pada wajah ibuku, terpancar jelas keletihannya.. tetapi sedikitpun tidak mematahkan semangat dia utk berjasa kepada anak2nya… lalu aku titipkan doa untuk ibuku. Allahuakbar..
Banyak yang aku nampak dan banyak ibrah yang aku dapat dari insiden ni. !

Kalau dekat rumah, mamalah yang sentiasa jaga saya. Remind me of my ubat, dah makan ke belum ubat.. makan kene tetap. Tidur, rehatkan diri.. Allahurabbi.. hebat sungguh cinta ibu kan? 🙂 Alhamdulillah…

Maafkan saya, mungkin agak panjang entry ni. tapi saya suka juga untuk berkongsi dengan kamu semua. Maybe insiden yang berlaku nampak simple je, tapi bagi saya hikmah yang Allah selitkan amatlah2 besar. Inilah kali kedua sy merasa kecintaan ibu saya untuk kali kedua saya masuk hospital. Dulu pernah sekali, sewaktu pembedahan untuk Scoliosis. ini untuk eksiden motor pula. huhu. Allah Maha Penyayang.. kan?
kita minta agar Allah sentiasa kuatkan hati kita, Allah didik kita untuk jadi kuat melalui ujian2Nya..

Bila saya diuji, saya selalu ambil dua ayat ni sahaja yang selalu saya pegang dalam diri saya, yakni :

‘La yukallifullahu nafsan illa wus’aha’
(Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya)

dan

“La hawla wala quwwata illa billahil ‘aliyyil ‘azim”
(Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan Allah)

Sakit adalah tarbiyyah dari Allah, sebagai juga medium untuk penghapus dosa-dosa kecil kita. Kita selalu minta agar Allah ampunkan dosa2 kita, tetapi kita tak pernah terfikir bahawa melalui ujian2 nilah Allah nak didik kita untuk terus kuat, dan Allah nak hapuskan dosa2 kita..

Bila ditimpa sesuatu, toloonglah jangan mengeluh.. tetapi bersyukurlah.. yang Allah masih sudi untuk memandang kita, menghapuskan dosa2 kita, Allah masih sayangkan kita dengan menghadiahkan kita akan orang2 yang sentiasa mencintaiNy.. InsyaAllah.🙂
Melalui pengalaman ni, ya tidak dinafikan.. mampu mengingatkan saya kembali akan sesuatu yang mungkin selama ini saya kurang dan lalai. Allah beri peringatan kepada saya, agar saya kembali kepadaNya, agar saya kembali mencari redhaNya. Banyak yang saya belajar dari semua ini, saya dapat lihat yang mana kawan, yang mana sahabat, ataupun sekadar kenalan sahaja. Tapi, takpalah.. saya cuba utk apply unconditional love.. sepertimana Baginda Muhammad SAW sering amalkan.. itulah sifat terpuji baginda. Biarlah kita selalu memberi cinta, orang tidak membalas tidak apa2.. bukanlah menjadi punca kelemahan bagi kita bila orang tidak membalas cinta dan kasih sayang kita terhadap sesama makhluk.  Mungkin buat saya refresh kembali hubungan persahabatan saya, insyaAllah🙂

Inilah sahabat yang sentiasa ada dikala senang dan susah, semoga Allah memanjangkan ukhuwah kami didunia dan juga diakhirat kelak, InsyaAllah🙂 Semoga Allah membalas jasa baikmu wahai sahabatku🙂 !

Saya teringat kata-kata Allah ni,
“Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi..” [ Surah Al-Ghafir, ayat 55 ]

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘kami telah beriman’, dan mereka tidak diuji?..”
[ Surah Al-Ankabut. ayat 2 ]

“Dan di antara manusia ada sebahagian yang berkata, ‘Kami beriman kepada Allah,’ tetapi apabila dia disakiti (kerna dia beriman) kepada Allah, dia menganggap cobaan manusia itu sebagai siksaan Allah*. Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu, nescaya dia mereka akan berkata, ‘sesungguhnya kami bersama kamu’. Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada semua manusia..?”
Tanda (*) : Orang itu takut kepada kezaliman manusia, seperti ketakutannya kepada azab Allah, kerna itu dia tinggalkan imannya itu.
[ Surah Al- Ankabut, ayat 10 ]

InsyaAllah, semoga perkongsian kali ini memberi faedah hendaknya.. menulis kerana Allah. Membaca juga kerana Allah. InsyaAllah sama sama dapat manfaat! Lepas ni, confirm trauma ! Allahurabbi..huhuhuhu..
p/s : Break sekejap update blog sementara nak habiskan reading untuk test anatomy. hehe ;’) and to Saifuddin Sapar, don’t worry. InsyaAllah motor kamu akan ditanggung oleh ku sepenuhnya akan kos pembaik pulihnya. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan🙂 !

Keluarga Baru :)

‘Auzubillahiminassyaitonirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh. Alhamdulillahirabbil ‘alamin wassolatuwassalamu’ala asyrofil anbiya iwalmursalin, wa’ala alihi wasohbihi ajma’in. Subhanakala ‘ilmalana illama ‘allamtana innaka antal ‘alimul hakim. Robbishrohli sodri wayassirli amri wahlul ‘ukdatammilisani yafqohuqauli ammab’adu. Faya’ibadallah ittaqullah usikum waiyyaya bittaqwallah faqodfazal muttaqun.

 Selamat kembali lagi ke blog ini farhoneeyy🙂 Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah baru ada masa nak soksek2 kat blog yang dah lama berkepuk ni. hehe. 

Hari ni hari jumaat. Hari yang sungguh istimewa buat umat Islam. Hari jumaat adalah hari umat Islam. Why? Sebb pada hari itu juga Adam dicipta. Beliau juga diturunkan ke bumi dan kemudiannya diwafatkan pada hari Jumaat. Pada hari Jumaat kelak, kiamat akan berlaku apabila sangkakala ditiup dan semua makhluk terkejut. Terdapat satu waktu pada hari Jumaat yang mana Allah tidak menolak sebarang doa, asalkan doa itu tidak melibatkan perkara haram. Dalam hadis yang dilaporkan Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda :

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu yang mana Allah memberikan setiap apa yang diminta oleh Muslim dalam solat.”

Hari jumaat juga jangan lupa baca surah Al-Kahfi ya? Banyak fadhilatnya, and yes, kalau nak lebih menghayati surah tu, jangan lupa juga untuk baca tafsirannya sekali. Alright, nasihat2 jugak ;’) Cerita den mengenai keluarga baru ni akan diteruskan juga.

Based on the title, ‘keluarga baru’ ni mesti kamu semua terus directkan fikiran ke arah ‘adik baru’ kan? or whatever yang berkaitan dengan manusia. Well said, keluarga baru kali ni adalah berkaitan dengan my gadget. (haha, beli gadget pun nak cerita :p )

I bought a camera 2 days ago based on few strong reasons. Kalau tak memang tak beli lah, pakai camera phone pun okay dah kot rasanya? Ceritanya mula dengan saja2 teman member pegi PC Fair kat UPM ni, kat CIMB, UPM. Saja teman member2 tengok apa yang available. Takde siapa pun plan untuk beli something big like digital camera kan. Just looking for a few accessories untuk laptop masing2. Then, smpi at one kedai camera ni, just tgok2 je itu ini, tanya harga, tanya details lah pasal semua camera. Suddenly, smpi satu camera ni..members sume mcm tertarik je kan, so dorang punyelah byk tanya kt Brother Chinese yg jaga tu smpi diri ini tertarik jugaklah😀 Lepas dah negotiate harga dengan mereka, dah tanya itu ini, dah check for their best options, dah check for desired colours.. Alhamdulillah with pleasure, saya n members pun belilah camera tu dengan senang hati. Alhamdulillah🙂 Purpose of having a camera ni, pertama sekali sebab nak permudahkan kerja2 kami. Start from this semester and so on, kami akan ada banyak projek, amali,  aktiviti di ladang yang memerlukan laporan, gambar, video serta penerangan yang jelas. So we’ve decided to own a camera untuk permudahkan itu semua. And yes, the quality of pictures and videos goes better with digital camera compared to phone🙂

Okay, camera yang kami beli ni jenis Olympus, version VG-170. Case camera ni plastik and feels a little hollow in parts. Particularly behind the small bulge at the front that makes it easier to hold. Camera ni sgt2lah nipis, ada 5x optical zoom, equivalent to 26-130mm on a regular 35mm camera. Not to forget,There’s a 4x digital zoom on top of that if you really need to crop in on your subject.🙂

Maximum aperture is a bright f/2.8 at wide-angle, but a comparatively dim f/6.5 at the narrower end. I would have preferred something in the region of f/5.9 at this level.

The shutter speed ranges from 1/2 to 1/2,000 second. I’m not so worried about the faster end of the scale, but 1/2 second is fairly inflexible when it comes to shooting at night. Even the ‘candle’ mode extends this to only four seconds. While sensitivity starts out at an appreciably low ISO 80, it stops at 1,600, and compensation runs only two stops in either direction in 1/3EV steps.

 Now, take a look on the camera.. With a 14-megapixel sensor and 5x optical zoom, the inexpensive VG-170 certainly has some impressive-looking specs.

The VG-170’s case is slim, and the camera’s very light, making it easy to slip into a pocket and carry about..

Furthermore, the menus are logical and well thought out, with settings clearly broken down into groups. The VG-170 also sports the same excellent shortcuts as the Olympus SH-21, so you won’t often need to access the full set of options.🙂 hehe..

These shortcuts are a series of context-sensitive selectors that run down the right-hand edge of the screen. In Intelligent Auto mode, they give you fast access to flash, self-timer and resolution. In Program Auto, they extend this range to take in macro, exposure compensation, white balance, and so on. By using the four-way controller on the rear of the case, you can step through each option and tweak its settings to quickly meet changing shooting conditions. It’s a friendly and unthreatening approach for beginners.

Alright, i’m not going to explain too details about the camera. Just want to highlight few special functions. The Olympus VG-170 got one particularly neat trick up its sleeve and that’s 3D. Dalam kebanyakkan camera, the 3D only produces image that can be displayed in all their glory 3D TV..

PENAT😀
hehe, sampai sini jelah kot post saya pasal camera ni. InsyaAllah.
Berjumpa lagi dalam next entry.
Entry relaks2 je ni🙂

p/s : this post, was last edited on September 25, 2012 at 3.09 PM
So, jgn terkeju why permulaannya ada tulis hari Jumaat. hehe.
Sonra gorusuruz Arkadaslar ;’) InsyaAllah